Empat wartawan Palestin ditangkap

Monday, July 30, 2018

Empat wartawan Palestin ditangkap

Empat wartawan Palestin ditangkap

RAMALLAH - TEBING BARAT. Tentera Israel memberkas empat petugas media saluran TV Palestin yang bersekutu dengan gerakan Hamas.

Persatuan Banduan Palestin (PPS) memaklumkan seramai tujuh penduduk Palestin termasuk empat wartawan rangkaian TV dalam bahasa Arab, al-Quds dalam serbuan dilakukan ke atas puluhan rumah di Ramallah, Tebing Barat, awal pagi tadi.

Mereka dikenal pasti sebagai Alaa al-Rimawi, Muhammad Ulwan, Qutaiba Hamdan dan Husni Abed al-Jalil Injas.

Tentera rejim Zionis turut merampas dua kenderaan dan kamera televisyen.

"Mereka ditahan selepas disyaki menghasut dan terlibat dalam saluran TV yang disokong Hamas," menurut tentera dalam satu kenyataan.

Awal bulan lalu, rejim Tel Aviv bertindak melarang operasi al-Quds selepas ia didakwa menjadi 'alat propaganda' Hamas.

Susulan larangan itu dikenakan, wartawan penyiasat, Anas Mousa Eghbari telah diberkas di hadapan rumahnya di bandar Umm al-Fahm terletak kira-kira 20 kilometer di barat laut Jenin.

Tiga kakitangan syarikat produksi Bashir Bermedia dan pengarahnya, Ayad al-Nael juga dipanggil hadir ke mahkamah. - Press TV



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment