KPKT kaji benarkan PBT laksana penguatkuasaan lesen hiburan

Tuesday, July 31, 2018

KPKT kaji benarkan PBT laksana penguatkuasaan lesen hiburan

KPKT kaji benarkan PBT laksana penguatkuasaan lesen hiburan

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji untuk menyelaraskan peruntukan undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan lesen pusat hiburan.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata kementerian sedang mengumpul input daripada pihak polis supaya penguatkuasaan undang-undang dapat dijalankan oleh kedua-dua pihak.

“Apa yang berlaku sekarang PBT keluarkan lesen jadi apabila mendapat aduan seperti pusat hiburan yang disalah guna sebagai pusat judi, PBT turun padang tetapi mereka tidak boleh ambil tindakan terhadap golongan ini kerana ia jatuh dalam kategori jenayah,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Zuraida berkata beliau telah meminta PBT meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan bekerjasama dengan polis bagi membendung masalah itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment