Pengerusi 5 universiti lantikan politik ditamat perkhidmatan
KUALA LUMPUR - Pengerusi lima universiti awam lantikan politik ditamatkan perkhidmatan hari ini.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pegawai tinggi kerajaan yang dilihat tidak boleh bersama memacu perubahan dibawa oleh kerajaan PH akan menggangu proses institusi.
âKalau kita lihat mutakhir ini bukan hanya di IPTA tetapi di GLC dan juga banyak badan-badan lain berlaku perubahan,â katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, portal The Malaysian Insight melaporkan pengerusi lima universiti awam ditamatkan perkhidmatan hari ini oleh Kementerian Pendidikan.
Antara yang ditamatkan adalah Zaki Azmi dari Universiti Malaysia Sabah, Shufri Mohd Zin dari Universiti Tun Hussein Onn, Kamaruddin Hussin dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Noorul Ainur Universiti Sains Malaysia, dan Anuar Ali Universiti Putra Malaysia antara perkhidmatannya ditamatkan hari ini.
Surat itu dikeluarkan pada 23 Julai ditandatangani Menteri Pendidikan.
Mengulas lanjut, Maszlee berkata, mereka bukan menyingkirkan tetapi membuat perubahan.
âBagi peluang muka baharu dengan semangat yang baharu dan juga semangat reformasi yang lebih baik.
âKerana kita masih awal dan kita perlukan daripada mereka yang boleh membawa agenda reformasi institusi ke hadapan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment