Lima lagi mangsa nahas Pati di Tanjung Penyusup ditemui mati

Sunday, July 29, 2018

Lima lagi mangsa nahas Pati di Tanjung Penyusup ditemui mati

Lima lagi mangsa nahas Pati di Tanjung Penyusup ditemui mati

JOHOR BAHRU - Lima mangsa ditemui meninggal dunia daripada jumlah 10 yang ditemui dalam operasi cari dan menyelamat (SAR) nahas pendatang asing tanpa izin (Pati) yang hilang di perairan Tanjung Penyusup, Kota Tinggi, hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, lima yang meninggal dunia itu merupakan tiga lelaki dan dua wanita.

Menurutnya, jumlah tersebut menjadikan sebanyak 14 mangsa masih hilang yang mana status pencarian kini diluaskan sehingga 80 batu nautika sekitar perairan berkenaan.

“Kami percaya nahas ini berpunca apabila kesemua mangsa ini terjun untuk mendarat di pantai berhampiran daripada bot pancung yang dinaiki mereka daripada Batam, Indonesia.

“Sewaktu kejadian bot tidak dapat sampai ke darat disebabkan air surut. Selepas bot berhenti kesemua mangsa itu terjun ke laut yang ketika itu keadaan pantai dengan kedalaman berbeza ditambah faktor gelap.

“Mereka kemudiannya terus redah laut itu, kami percaya mereka yang pandai berenang sahaja berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sanifah berkata, operasi SAR  turut membabitkan 101 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan penyelamat, angkatan pertahanan awam, angkatan tentera dan nelayan.

“Operasi ini akan diteruskan semula sehingga tiada tanda mangsa akan ditemui lagi,” katanya.

Semalam, 24 Pati dipercayai dalam usaha memasuki negara ini dipaksa oleh tekong supaya terjun daripada bot ketika tiba di perairan tersebut.

Bagaimanapun, hanya lima ditemui selamat.sampai.ke pantai dalam keadaan lemah manakala yang lain hilang.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment