Azharuddin letak jawatan bukan kerana bersalah - Anthony Loke

Monday, July 30, 2018

Azharuddin letak jawatan bukan kerana bersalah - Anthony Loke


KUALA LUMPUR: Keputusan Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak bermakna beliau telah melakukan sebarang kesalahan.

Demikian ditegaskan Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini susulan pengumuman peletakan jawatan oleh Azharuddin terdahulu hari ini.

"Beliau tidak didapati bersalah atas apa-apa.
"Namun, selepas laporan tersebut keluar, beliau telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen, merujuk kepada laporan siasatan keselamatan MH370.

Loke turut menyentuh dapatan laporan tersebut mengenai operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATSC) di mana ia menyatakan pegawai bertugas tidak menepati prosedur operasi standard.

"Oleh itu, satu jawatankuasa siasatan dalaman akan dibentuk untuk mengenalpasti tindakan yang akan diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab," kata beliau.






sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment