Sesi persekolahan SK Damak berjalan seperti biasa
JERANTUT - Sekolah Kebangsaan (SK) Damak kembali memulakan sesi pembelajaran hari ini selepas ditutup selama lima hari bermula 23 hingga 27 Julai lalu kerana jangkitan penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD).
Namun 37 murid masih dijangkiti dan perlu dikuarantin daripada 53 murid yang dijangkiti sebelum ini.
Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid(HEM), Kamariah Abd Karim memberitahu, jumlah tersebut hasil saringan kesihatan yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah pagi tadi.
Menurutnya,jumlah itu membabitkan 24 murid lelaki dan 13 perempuan.
"Operasi sekolah mula dibuka hari ini dan mereka yang perlu dikuarantin kembali ke rumah masing-masing dan selebihnya kembali meneruskan pembelajaran.
"Untuk peperiksaan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) yang berjalan esok,seramai enam murid lelaki Tahun Enam yang terlibat.
"Mereka ini akan menduduki peperiksaan esok tetapi akan diasingkan daripada murid-murid Tahun Enam yang lain,"katanya kepada Sinar Harian.
Sekolah tersebut yang pertama ditutup di negeri ini selepas dijangkiti penyakit tersebut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment