Gempa Lombok: AirAsia hulur bantuan
SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan pihaknya akan melakukan yang terbaik bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Lombok, Indonesia secepat mungkin.
Menerusi status Twitternya, Tony berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok beroperasi seperti biasa.
Menurutnya, kesemua tiga penerbangan daripada Kuala Lumpur juga beroperasi seperti biasa.
"Sila hubungi khidmat pelanggan kami," katanya ringkas, hari ini.
Awal pagi tadi, sekurang-kurangnya tiga maut apabila gempa berkekuatan 6.4 skala Richter menggegar destinasi pelancongan popular Lombok yang terletak kira-kira 100 kilometer di timur Pulau Bali di Indonesia dan memusnahkan banyak struktur.
Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa pada kedalaman 7 kilometer (km) itu berlaku pada jam 6.47 pagi (waktu tempatan).
Insiden itu turut disusuli gempa susulan berkekuatan 5.4 skala Richter di kawasan sama di timur Indonesia, berpusat di bahagian utara pulau itu, 49.5 km di timur laut bandar Mataram.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa kuat gegar Lombok, tiga terkorban]
Dalam pada itu, seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok.
Menurut laporan media Indonesia, rakyat Malaysia yang terkorban itu hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun. Jenazah mangsa kini dilaporkan ditempatkan di Klinik Sembalun.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa di Indonesia: Seorang rakyat Malaysia terkorban]
[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa Lombok: Kerajaan akan bawa pulang jenazah mangsa]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment