Pilihan raya kontroversi Kemboja

Sunday, July 29, 2018

Pilihan raya kontroversi Kemboja

Pilihan raya kontroversi Kemboja

PHNOM PENH - KEMBOJA. Pilihan Raya Umum Kemboja berlangsung,hari yang bakal menyaksikan parti pemerintah, Parti Rakyat Kemboja (CCP) memenangi majoriti susulan pembubaran parti pembangkang utama, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) oleh mahkamah pada tahun lalu.

Proses pengundian diadakan di 22,967 pusat mengundi di seluruh negara untuk memilih 125 ahli parlimen daripada 20 parti politik.

Laman berita bebas turut disekat selama 48 jam menjelang proses pemilihan itu bagi menghalang rakyat mengakses bahan selain daripada saluran media prokerajaan.

Beberapa pihak bertindak mempersoalkan ketelusan proses pemilihan itu yang kerana tiada penyertaan pembangkang, sekali gus menjadikan Kemboja negara satu parti.   

Pada tahun ini, kira-kira 8.38 juta rakyat layak menunaikan tanggungjawab mereka. - Agensi



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment