Mahkamah bubar Jemaah Asharut Daulah (JAD)

Tuesday, July 31, 2018

Mahkamah bubar Jemaah Asharut Daulah (JAD)

Mahkamah bubar Jemaah Asharut Daulah (JAD)

JAKARTA - INDONESIA. Sebuah mahkamah di Indonesia, hari ini membubarkan Jemaah Asharut Daulah (JAD) yang merupakan kumpulan terbesar dikaitkan dengan Daesh.

Keputusan itu dibuat hakim Aris Bawono Langgeng di mahkamah Jakarta Selatan yang dikawal ketat pihak berkuasa selepas JAD didakwa 'melakukan keganasan' dan bergabung dengan pertubuhan militan.

"Dengan ini, JAD diisytiharkan sebagai pertubuhan haram," katanya.

Bulan lalu, pemimpin kumpulan itu yang mempunyai ribuan pengikut di Indonesia, Aman Abdurrahman dijatuhi hukuman mati kerana merancang siri serangan berdarah dari sel penjaranya.

Difahamkan, keputusan itu akan memberi kuasa kepada polis untuk memburu anggota JAD yang dikaitkan dengan siri plot keganasan termasuk serangan ke atas gereja dan turut merancang pengeboman berani mati ketika sambutan Hari Natal.

Pendakwa raya menyambut baik keputusan itu yang dilihat akan membawa kepada lebih banyak pembubaran kumpulan bergabung dengan Daesh di negara tersebut.

JAD ditubuhkan pada 2015 dan terdiri daripada 24 kumpulan yang menyatakan taat setia kepada pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi yang ditetapkan sebagai rangkaian ekstremis oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Kumpulan terbabit terlibat dengan serangan ganas dan siri pengeboman berani mati di Surabaya, Mei lalu.

Dalam insiden serangan terbaharu itu, dua keluarga termasuk kanak-kanak berusia sembilan dan 12 tahun meletupkan diri mereka di gereja dan balai polis yang turut meragut 13 nyawa. - Agensi 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment