Jangan tunggu nyawa melayang!
KUALA KETIL- Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dituntut mengenal pasti jalan raya berlubang untuk segera dibaik pulih supaya insiden kemalangan meragut nyawa di Titi Panjang, Khamis lalu tidak lagi berulang.
Dalam nahas 26 Jun lalu, seorang warga Mesir maut apabila kenderaan dinaiki terbabas ketika cuba mengelak lubang di tengah jalan raya.
Adun Kuala Ketil, Mejar ( B) Mansor Zakaria berkata, JKR perlu ambil pendekatan mengenal pasti jalan-jalan berlubang dan berbahaya kepada pengguna.
âSaya difahamkan kemalangan Khamis lalu disebabkan jalan tidak diselengÂgara hampir dua taÂhun. Dengan apa berlaku ini, kita rasa sangat tercabar.
âWalaupun jalan itu di bawah peringkat persekutuan, jalan kampung atau sebagainya, tetapi apaÂbila meneÂrima aduan JKR perlu segera ambil tindakan kerana ia salah satu punca kemaÂlangan,â katanya.
Beliau berkata, di Baling masih banyak laluan perlu diselenggara antaranya ialah jalan raya menghuÂbungkan Batu 2 mengÂhala ke Padang Geh.
âJabatan-jabatan lain di Baling juga perlu ambil pendeÂkatan turun untuk pantau keadaan jalan mengikut bidang-bidang tugas maÂsing-maÂsing,â katanya.
Beliau berkata, isu berkenaan akan dibangkitkan dalam Sidang Dun serta Mesyuarat Tindakan Daerah.
Selain itu katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap dapat memÂberikan perhatian yang lebih kepada masalah jalan di negara ini melalui peruntuÂkan atau pemanÂÂtauan terhadap tugasan anggota.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment