Israel tahan wartawan Palestin
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pergerakan Hamas menuduh Israel sengaja menyasarkan wartawan Palestin dalam usaha membendung laporan pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang awam di wilayah yang dikepung.
Hamas mengeluarkan kenyataan itu semalam, sehari selepas pihak berkuasa Israel menahan empat wartawan Palestin dari bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki.
"Dasar Israel untuk menahan wartawan adalah bukti bahawa mereka bimbang kekejaman dan penderitaan rakyat Palestin terus dibongkar," katanya.
Tambah Hamas, tindakan agresif terhadap wartawan Palestin juga tidak akan dapat menyembunyikan realiti yang berlaku dalam konflik Israel-Palestin.
Justeru itu, Hamas menyeru komuniti antarabangsa untuk menegak keadilan dan mempertahankan wartawan Palestin serta menjamin kebebasan mereka.
Sumber berkata, pihak berkuasa Israel menceroboh rumah wartawan Alaa Al-Rimawi, Mohammed Olwan, Hosni Injas dan Qutaiba Hamdan sebelum menahan mereka.
Menurut sumber itu lagi, Israel turut merampas kamera, peralatan kerja lain, selain kereta Al-Rimawi dan Injas. - Middle East Monitor
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment