Mohd. Affandi masih ditahan di penjara Israel

Monday, July 30, 2018

Mohd. Affandi masih ditahan di penjara Israel


Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, sehingga kini hanya dua tahanan daripada 22 anak kapal Al-Awda telah dibebaskan selepas ditahan tentera laut Israel, semalam.

“Setakat ini hanya dua orang sahaja ahli misi kapal Al-Awda dibebaskan. Mereka adalah ketua kapal, Zohar Chamberlain Regev dan bekas kapten tentera udara Israel, Yonathan Shapira. Kedua-dua mereka adalah warganegara Israel. 


“Menurut sumber Freedom Flotilla Coalition (FFC), Dr. Mohd Afandi masih ditahan di penjara Givon, Israel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mohd. Afandi mengikuti misi solidariti flotila ‘Right to A Just Future for Palestine’ bermula pada 15 Julai lalu.

Beliau merupakan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Un­dang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlepas ke Palermo, Italy bagi menyertai siri terakhir flotila ke Gaza bersama aktivis daripada pelbagai negara.

Kapal flotila Al-Awda yang berlayar menggunakan bendera Norway membawa 22 aktivis dari 16 negara termasuk penyokong hak asasi manusia, wartawan dan krew turut membawa kargo ubat-ubatan bernilai Euro 13,000 (RM61,554) bagi diserahkan kepada penduduk Gaza melalui program #Gauze4Gaza. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment