Zazali dilantik sebagai YDP MPS
SEREMBAN â" Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol ( MDJL ), Datuk Zazali Salehudin dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS) berkuatkuasa 1 Ogos (esok).
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, perlantikkan tersebut dibuat bagi mengantikan Datuk Abd Halim Abd Latif, yang kontrak kerjanya tamat tempoh pada 31 Julai 2018.
Menurutnya, Zazali juga akan menjadi pemangku bagi YDP Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sementara perlantikkan baharu YDP MPN dalam masa terdekat.
âZazali merupakan seorang yang berpengalaman dan mempunyai luas pengetahuan dalam hal ehwal pentadbiran serta pengurusan. Saya berharap beliau dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan ini dengan baik.
âDalam pada itu, kita sedang berusaha untuk mengisi jawatan calon di MPN tetapi belum ada lagi yang sesuai, kita akan pilih dan lantik mereka yang benar-benar sesuai bertugas sebagai YDP MPN nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penyampaian Watikah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, di Wisma Negeri dekat sini, hari ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment