Pafa turut kecewa kekalahan Bos Gaurus
PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) akan membuat penilaian sebaiknya terhadap prestasi skuad The Bos Gaurus berikutan kekalahan 1-4 kepada PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, skuad kendalian Mehmet Durakovic itu sepatutnya mampu mempamerkan aksi lebih baik daripada yang ditunjukkan dalam memburu misi naib juara pada saingan Liga Super.
âSepertimana penyokong, saya dan pengurusan pasukan membawa harapan mahukan kemenangan dicapai.
âBanyak peluang yang sepatutnya boleh buat jaringan tetapi gagal dimanfaatkan, natijahnya kita terpaksa terima kekalahan ini,â katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, pihak pengurusan bertanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan yang mengecewakan itu dan akan mengambil perhatian serius terhadap prestasi pasukan.
Katanya, setiap kritikan dan teguran termasuk daripada penyokong sendiri akan diterima dan dinilai sebaiknya.
âMewakili pasukan, saya memohon maaf kepada penyokong kerana pemain tidak bertemu dengan peminat sejurus perlawanan tamat. Kami sangat memahami situasi pemain yang sedih kerana gagal meraih kemenangan seperti diharapkan.
âPafa juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir malam tadi, bukan sahaja sekitar Lembah Klang, sebaliknya ada terpaksa mengharungi perjalanan jauh demi memberikan sokongan kepada pasukan kita,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment