Dr Mahathir 'restu' naturalisasi

Sunday, July 29, 2018

Dr Mahathir 'restu' naturalisasi

Dr Mahathir 'restu' naturalisasi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘merestui’ sekiranya Harimau Malaya mahu mendapatkan khidmat pemain naturalisasi.

Menurutnya, pengambilan pemain naturalisasi merupakan perkara biasa dalam sukan tersebut dan tidak salah untuk pasukan negara turut menggunakan pendekatan sama.

“Sekarang ni semua pasukan bola sepak ambil pemain daripada mana-mana negara. Sebab tu kita lihat banyak orang putih yang hitam.

“Jadi kalau kita ambil tak apa lah,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, sebentar tadi.

Namun, beliau menegaskan pasukan negara tidak boleh meletakkan kesemua pemain naturaliasi dalam pasukan, tetapi perlu disertai pemain tempatan.

“Tetapi, jangan 11 orang itu datang dari negara lain, orang kita kena main sama lah,” katanya.

Sebelum ini, idea mengambil pemain naturalisasi diluahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh juga berada dalam senarai teratas pemain naturalisasi yang berkemungkinan boleh bermain bersama skuad Harimau Malaya selepas pemain berusia 23 tahun itu mendapat taraf kerakyatan Malaysia April lalu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment