Jurutera GLC dijel 6 tahun, denda RM236,000

Monday, July 30, 2018

Jurutera GLC dijel 6 tahun, denda RM236,000

Jurutera GLC dijel 6 tahun, denda RM236,000

KOTA BAHARU - Jurutera perancang dan pembinaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dihukum penjara enam tahun dan denda RM236,000 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas didapati bersalah terhadap 16 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM40,468.03.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin terhadap Mohd Asrul Hisyam Setapa, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua tuduhan itu.

Tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai, telefon bimbit, jam tangan dan peralatan pembinaan berjumlah RM40,468.03 daripada dua kontraktor di sekitar Kota Bharu sebagai dorongan mencadangkan nama syarikat itu menjalankan projek milik syarikat GLC itu antara 15 April hingga 22 Ogos 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shahidah Muslimah Roslan, manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.

Mahkamah membenarkan tertuduh menangguhkan pelaksanaan hukuman dan memfailkan rayuan hari ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment