Imran Khan berunding untuk bentuk gabungan
ISLAMABAD - PAKISTAN. Bakal Perdana Menteri baharu Pakistan, Imran Khan mengadakan rundingan dengan sebuah parti politik kecil dan ahli politik bebas, semalam selepas keputusan penuh pilihan raya pada Rabu lalu ditolak pesaingnya.
Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpin Khan memperoleh kemenangan luar jangka dengan meraih 16.86 juta undi, sekali gus menewaskan parti pimpinan bekas perdana menteri, Nawaz Sharif yang berada di tangga kedua dengan 12.89 juta undi.
Bagaimanapun, 116 kerusi yang dimenangi ahli parlimen PTI tidak mencukupi untuk memberi mereka majoriti dalam Dewan Perhimpunan tanpa rakan gabungan.
"Perbincangan juga sedang berlangsung dengan Gerakan Muttahida Qaumi (MQM) yang mendominasi politik di Karachi selama beberapa dekad," kata jurucakap PTI, Faisal Javed Khan.
Jelasnya, Khan dijangka mengangkat sumpah jawatan perdana menteri pada 14 Ogos depan sempena sambutan ulang tahun ke-71 Hari Kemerdekaan Pakistan. - Reuters
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment