Nak belajar, belajarlah. Tak nak, sudah...: Adibah Noor
MESKIPUN sudah meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru bahasa Inggeris lebih 20 tahun lalu, pelakon dan penyanyi Adibah Noor tidak pernah berhenti untuk berkongsi ilmu yang dimiliki dengan orang ramai.
Meskipun tidak secara formal, namun Adibah menerusi laman Twitter sering berkongsi tips mahupun panduan tentang penggunaan bahasa Inggeris yang betul kepada para peminat dan pengikutnya di laman tersebut.
Apa yang dilakukan penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Terlalu Istimewa ini mendapat pujian dan sokongan ramai.
âKarang kalau asyik betulkan tweet orang, deme kata saya grammar Nazi. Nak belajar, belajarlah. Tak nak, sudah,â respons Adibah kepada beberapa komen netizen.
Dalam pada itu, ada di antara netizen yang mencadangkan agar Adibah membuka kelas bahasa Inggeris di Twitter.
âYang tu, kena bayar. Otherwise, just wait for me to volunteer stuff. Kalau suruh, memang ler I tak buat,â katanya dalam nada bergurau.
Terdahulu sebelum itu, Adibah pernah memberi teguran secara terbuka menerusi Twitter terhadap sebutan bahasa Inggeris, penyanyi Haqiem Rusly dalam single terbaharunya, Jatuh Bangun.
Apa pun, pujian harus diberikan kepada Adibah yang menggunakan media sosial dan status selebritinya dengan sesuatu yang memberikan manfaat kepada peminat dan pengikut laman sosial miliknya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment