Tanya soalan macam saya tak mahu anak: Elizad

Monday, July 30, 2018

Tanya soalan macam saya tak mahu anak: Elizad

Tanya soalan macam saya tak mahu anak: Elizad

PELAKON Siti Elizad mengakui kurang senang apabila ditanya soalan-soalan berkaitan peribadinya terutama daripada individu tidak dikenali.

Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, soalan berkaitan kehamilan, kurus atau gemuk antara yang dianggap agak sensitif dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka.

"Ini berkaitan dengan adab bila kita datang di majlis tolong jangan tanya soalan itu, saya ada kepantangan dengan soalan begitu.

"Soalan begitu tidak tepat untuk ditanya dan ia bukan sesuatu yang kelakar. Kalau kawan rapat saya boleh terima," ujarnya kepada mStar Online.

Elizad mengulas tentang tindakannya yang berang apabila perutnya diusap dan ditanya tentang anak oleh individu tidak dikenali baru-baru ini.

Tambahnya, dia memuat naik teguran di laman sosial Instagramnya bagi memberi peringatan kepada individu itu agar menyedari tentang perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Elizad berkata, dia juga manusia biasa yang tidak tahu bila akan diberi rezeki zuriat.

"Mereka tanya soalan macam saya tidak mahu anak atau tidak menjadi, saya juga sedang berusaha cuba untuk itu.

"Saya ini manusia biasa dan tidak tahu bila diberi rezeki itu," ujarnya.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment