Rasuah: Hukuman ke atas empat anggota polis ditangguh
KUANTAN - Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini membenarkan penangguhan hukuman empat anggota polis yang masing-masing dihukum penjara tiga tahun dan denda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini atas kesalahan rasuah, empat tahun lalu.
Kes membabitkan tertuduh, Koperal Mazlan Mohd. Noh, 36; Konstabel Mohd. Firdaus Abdullah, 26; Koperal Mohd. Juhairy Jamaludin, 33, dan Lans Koperal Mohd. Azimie Majid, 31, dari Balai Polis Muadzam Shah, Rompin dekat sini.
Rayuan semua tertuduh yang didapati bersalah menerima dan meminta rasuah bernilai RM8,000 pada 2014 akan didengar di Mahkamah Rayuan, Putrajaya selepas pihak pembelaan menghantar notis berkaitan hari ini.
Pada 29 November lalu, Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof dalam penghakimannya di Mahkamah Sesyen mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Habibah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam tertuduh, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar supaya mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan atas alasan wujud isu undang-undang serius perlu dibangkitkan dalam rayuan di Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment