Jenazah Siti Nur Iesmawida selamat dikebumikan

Tuesday, July 31, 2018

Jenazah Siti Nur Iesmawida selamat dikebumikan

Jenazah Siti Nur Iesmawida selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR - Jenazah Siti Nur Iesmawida Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur, malam tadi.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat allahyarham hadir pada pengebumian jenazah kira-kira jam 9 malam yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai dan suasana pilu.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Ar Rahimah Kampung Pandan Luar untuk disembahyangkan.

Suami kepada allahyarham Siti Nur Iesmawida, Mohd Hafiz Mohd Kassim berkata, perasaannya sedih dan hiba sepanjang perjalanan membawa jenazah isteri kesayangannya pulang ke tanah air dari Lombok, Indonesia.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Kementerian dan Kerajaan Indonesia dalam membantu proses membawa pulang jenazah.

"Saya mohon rakyat Malaysia agar mendoakan isteri saya di tempatkan dikalangan orang beriman," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Siti Nur Ismawida dijangka tiba petang ini]

[ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Siti Nur ditempat di Mataram sebelum dibawa pulang]



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment