Sepakat cegah bahaya dadah dalam komuniti
JITRA - Program Rondaan Bersepadu Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Seri Nyior dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kubang Pasu diadakan di Taman Seri Nyior bagi membanteras gejala dadah dalam kalangan komuniti.
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu, Muhammad Farid Bakar berkata, program berkenaan mendapat kerjasama daripada 30 ahli SRS Taman Seri Nyior. di sini.
Katanya, pada program berkenaan juga SRS diberi taklimat oleh Penolong Pegawai AADK Kubang Pasu, Ahmad Hisham Daud.
âPeronda SRS diberi penjelasan bagaimana mereka boleh membantu AADK dalam hal berkaitan penguatkuasaan, pemulihan serta pencegahan dan ini adalah suatu usaha memberi kesedaran kepada komuniti di sini,â katanya.
Menurutnya, pada program berkenaan, mereka mengadakan rondaan bersepadu dan juga sekatan jalan masuk ke kawasan perumahan.
âPenerapan Inisiatif Bertegur Sapa (IBS) turut digunakan secara praktikal kepada semua komuniti di sini untuk melahirkan komuniti harmoni,â katanya.
Muhammad Farid berkata, kerjasama padu daripada semua pihak terlibat sekurang-kurangnya dapat menjamin komuniti selamat serta terkawal.
âInsya-ALLAH program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi membantu meringankan tugas pihak berkuasa lain di daerah ini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment