Dr Mahathir hargai peranan pahlawan
KUALA LUMPUR â" Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penghormatan kepada pahlawan negara dan peranan mereka dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan Malaysia daripada ancaman keganasan.
Dalam satu klip video berdurasi satu minit 40 saat yang dimuat naik ke YouTube bersempena sambutan Hari Pahlawan hari ini, perdana menteri berkata sambutan Hari Pahlawan diraikan bagi memperingati peranan mereka kepada negara.
"Tanpa mereka, sudah tentu kita akan dibanjiri oleh ramai orang asing yang masuk dalam negara secara haram dan kita akan menghadapi banyak masalah.
"Selain daripada itu, kadang-kadang ada kegiatan ganas oleh pihak tertentu, kita jangan lupa bahawa pahlawan kitalah yang menyelamatkan kita daripada percubaan oleh kumpulan pengganas dahulu untuk merebut kuasa di Malaysia,â katanya.
Beliau berkata sambutan itu juga bagi menyemai rasa terhutang budi rakyat Malaysia terhadap pengorbanan pahlawan demi mempertahankan negara.
Dr Mahathir berkata pahlawan sanggup berkorban demi negara dan ramai antara mereka yang telah terkorban kerana mempertahankan negara.
"Kerana kesanggupan mereka untuk berkorban maka negara kita selamat dan kita dapat hidup dalam keadaan selamat dan maju bagi diri kita dan masyarakat kita.
"Dengan adanya Hari Pahlawan, kita akan diperingatkan dengan peranan mereka dan dengan itu kita harap kita akan berasa terhutang budi dengan mereka kerana kesanggupan mereka berkorban demi bangsa, agama dan negara,â katanya.
Hari Pahlawan disambut setiap 31 Julai. Sejak 1968, acara tahunan ini dianjurkan secara bergilir antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kali ini ia dianjurkan ATM.
Sambutan tahun ini telah diadakan di Putrajaya dan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan pemimpin-pemimpin tertinggi negara. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment