Kula Segaran mohon maaf

Monday, July 30, 2018

Kula Segaran mohon maaf


M. KULA SEGARAN
M. KULA SEGARAN

Berikut adalah kenyaƂ­taan penuh beliau.

Merujuk kepada ucapan saya di Nilai minggu lalu yang menjadi subjek kontroversi dalam media. Ucapan berkenaan disalah tafsir yang mencadangkan saya menggunakan perkataan pendatang sehingga menimbulkan kemarahan kepada mereka yang benci kepada rujukan tersebut.

Saya dengan ini tanpa syarat memohon maaf terhadap kelukaan yang mungkin telah saya lakukan dan menarik kembali rujukan offensif dalam ucapan spontan berkenaan.

Saya tidak pernah terlibat dalam kontroversi berhubung isu perkauman dan kepercayaan di negara ini dan saya akan sentiasa mematuhi peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkataan boleh berubah-ubah dan memberi makna berbeza dalam bahasa berbeza seperti mana yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil.

Bagi menghentikan permasalahan timbul dalam majlis yang berlangsung di Nilai minggu lalu, saya mengambil keputusan untuk memohon maaf dan menarik balik ucapan itu bagi mengelakkan kontroversi menjadi lebih buruk.

Saya memohon maaf kepada mereka yang terluka dengan kejadian ini.


M. Kula Segaran
Naib Pengerusi DAP
Ahli Parlimen Ipoh Barat
29 Julai 2018



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment