Melaka komited tambah produk pelancongan

Monday, July 30, 2018

Melaka komited tambah produk pelancongan

Melaka komited tambah produk pelancongan

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka terus komited menambah produk pelancongan dalam langkah menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini sepanjang 2018.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Muhammad Jailani Khamis berkata, usaha dilakukan termasuk bekerjasama dengan syarikat swasta Pacific Future Limited dari China menerusi produk baharu cermin mata keledar realiti (augmented reality) yang dijangka diguna pakai September depan.

Menurutnya, kewujudan produk baharu yang lebih kreatif dan unik itu sekali gus dapat membantu kerajaan negeri mencapai sasaran 17 juta orang melawat Melaka pada tahun ini.

"Satu produk yang memberi satu mood baharu kepada pelancong apabila memakai 'gogal' khusus itu kerana mereka akan dapat segala informasi mengenai Melaka ketika mereka berjalan di beberapa lokasi.

"Lebih menarik keadaan permukaan 700 tahun dahulu boleh kelihatan melalui augmented reality dalam kelas tersendiri," katanya.

Muhammad Jailani berkata demikian ketika Majlis Pelancaran AR City Living Museum, Legendary Melaka dan Majlis Pembukaan AR Cultural Space di Jalan Bendahara di sini, tadi.

Hadir sama, Pegawai Eksekutif Pacific Future Limited, Lee Kien Yi dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri, Zairi Suboh.

Dalam pada itu, Muhammad Jalaini berkata, produk tersebut juga diharap dapat menarik pelancong terutama pelancongan sekitar rantau Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan juga Vietnam.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment