Air mata Tun M tumpah depan ulama
PUTRAJAYA - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam yang membuatkannya merasa sebak.
Memetik laporan portal Malaysiakini, Dr Asri berkata, ia adalah di mana Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.
âSemasa Tun Mahathir mengucapkan âkita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quranâ, beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.
âSaya juga rasa sebak. Semoga ALLAH SWT merahmati Tun (Mahathir),â katanya di Instagram.
Dr Asri mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.
Dalam pada itu, seramai 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana Menteri, semalam.
Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang; pensyarah Universiti Oxford United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya Fuziah Salleh.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment