119,273 hektar tanah terbiar bakal dibangunkan
KUALA LUMPUR - Seluas 119,273 hektar tanah terbiar di seluruh negara akan dibangunkan melalui Inisiatif Projek Pembangunan Tanah Terbiar.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, projek tersebut bermatlamat untuk memajukan tanah pertanian yang terbiar dan kurang produktif dengan projek pertanian melalui penglibatan lebih ramai petani sama ada pemilik tanah atau usahawan.
âBantuan kepada petani diberikan dalam bentuk input pertanian, pembersihan dan penyediaan kawasan, pembangunan infrastruktur,â katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Tuan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) di Parlimen, hari ini.
Menurutnya, kementerian melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan perancangan untuk membangunkan tanah terbiar dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) sehingga ke RMK11.
âBerdasarkan sasaran yang ditetapkan, seluas 100 hektar tanah terbiar dengan bilangan pengusaha 50 orang akan dibangunkan setiap tahun.
âSehingga kini seluas 10,048 hektar tanah terbiar telah dibangunkan dan melibatkan 7,966 peserta di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,â katanya.
Menurutnya, bagi memastikan kejayaan projek, tanaman kekal amat digalakkan untuk ditanam bagi mengelakkan tanah yang dibangunkan menjadi terbiar semula.
âTanaman singkat turut disyorkan bagi memastikan petani memperoleh pendapatan segera berikutan kitaran penanamannya yang pendek.
âAntara tanaman yang telah diusahakan adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, padi dan kelapa yang merekodkan jumlah pengeluaran sebanyak 204,793 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM187,581,â katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, kementerian akan terus bekerjasama kerajaan negeri untuk membangunkan petani dan pengusaha serta menambah produktiviti tanaman makanan dalam negara.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment