Penamatan khidmat pengerusi IPTA demi reformasi institusi - Maszlee

Tuesday, July 31, 2018

Penamatan khidmat pengerusi IPTA demi reformasi institusi - Maszlee


KUALA LUMPUR : Penamatan perkhidmatan Pengerusi beberapa universiti awam oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk melaksanakan reformasi institusi berkenaan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada kepimpinan baharu untuk membawa idea berlainan bagi membawa hala tuju baharu.

"Kami ingin bawa perubahan dan untuk melaksanakan perkara tersebut, kita memerlukan pimpinan baharu," kata Maszlee yang ditemui di lobi Parlimen selepas sesi penggulungan usul menjunjung Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat malam ini.
Laporan media telah menamakan antara lima Pengerusi yang ditamatkan perkhidmatan mereka.

Mereka yang dinamakan adalah Tun Zaki Azmi dari Universiti Malaysia Sabah, Tan Sri Sufri Mohd Zin dari Universiti Tun Hussein Onn, Prof Datuk Dr Kamaruddin Hussin dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dari Universiti Sains Malaysia, dan Prof Tan Sri Anuwar Ali dari Universiti Putra Malaysia antara perkhidmatannya ditamatkan hari ini.

Surat itu dikeluarkan pada 23 Julai dan telah ditandatangani oleh Maszlee sendiri.





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment