Nostalgia 16 tahun musnah
JITRA - Seorang guru berputih mata apabila rumahnya yang berusia 16 tahun di Taman Suria 2 di sini, terbakar hampir 85 peratus dalam kejadian, Jumaat lalu.
Azizah Ibrahim, 51, yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera berkata, rumah berkenaan menyimpan pelbagai nostalgia bersama keluarganya.
Katanya, sejak dia berpindah tinggal di kampungnya di Tunjang, rumah berkenaan disewakan kepada sebuah keluarga sejak tiga bulan lalu.
âMemang ini takdir, tapi saya tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata bila kita tengok rumah yang simpan banyak kenangan lalu, hangus,â katanya, sayu.
Menurutnya, dia mengetahui mengenai kebakaran berkenaan daripada jiran dan anak saudaranya.
âSaya dapat panggilan kira-kira jam 12.20 malam dan bergegas ke Taman Suria.
âMasa sampai di rumah tu, tengok bomba tengah padam api.. memang la rumah tu disewakan kepada orang.. tapi dalam tu masih ada lagi barang-barang saya seperti kabinet dan perabot,â katanya.
Azizah berkata, keseluruhan anggaran kerugian yang terpaksa ditanggungnya berjumlah RM80,000.
âSemalam pihak insurans ada datang tengok rumah, mereka boleh bayar berdasarkan skim insurans yang kami ambil saja dan nilainya masih tidak mencukupi.
âRumah ini adalah aset saya yang pertama selepas saya bekerja. Apa pun terjadi saya dan suami akan berusaha membaikinya kembali,â katanya yang boleh dihubungi di talian 012-5768771
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment