Saya minta maaf: Kula Segaran
KUALA LUMPUR - Selepas dikecam pelbagai pihak, Naib Presiden DAP, M Kula Segaran membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversi dikeluarkannya dalam satu ucapan di Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Menteri Sumber Manusia itu, beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah.
Malah, beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini.
âSaya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
âPerkataan seperti âsesumpahâ. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan âpendatangâ yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini.
âUntuk menghentikan semua kontroversi ini, saya buat keputusan minta maaf dan tarik balik kenyataan itu,â katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nafi keluar kenyataan Melayu pendatang]
Tambah Ahli Parlimen Ipoh Barat ini, ucapannya di Nilai baru-baru ini telah disalah erti yang mendakwa beliau menggunakan perkataan âpendatangâ merujuk kepada orang Melayu.
âSaya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut,â ujarnya.
Kula Segaran mencipta kontroversi baru-baru ini apabila beliau dikatakan mendakwa orang Melayu adalah pendatang di Malaysia dan orang India adalah antara yang terawal berada di Malaysia.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kula Segaran perlu hati-hati]
Meskipun sebelum ini beliau dilihat seakan mahu mempertahankan kenyataannya, namun permohonan maaf terbaru ini mungkin mampu meredakan sedikit kontroversi melibatkan isu tersebut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment