Turun had umur: Proses meremajakan Umno
MERSING - Umno Bahagian Mersing menyifatkan keputusan menurunkan had umur ahli Umno kepada 16 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini merupakan proses meremajakan parti itu.
Ketua Umno Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof berkata, keputusan itu sesuai dilaksanakan khususnya bagi mereka di peringkat akar umbi.
âSebelum ini pun terdapat ramai mereka yang berumur bawah 18 tahun telah bersama-sama Umno, membantu dalam program tertentu.
âKerana mereka rasa Umno ini parti dekat dengan mereka. Tetapi disebabkan mereka tidak dapat menjadi ahli, mereka rasa dipinggirkan.
âJadi perkara ini kita lihat amat bersesuaian untuk dilaksanakan supaya kita dapat bersedia mungkin satu masa nanti had umur mereka boleh menjadi pengundi juga diturunkan kepada 18 tahun,â katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, keputusan berkenaan juga jelas terbukti bahawa Umno adalah parti sentiasa terbuka kepada semua golongan umur.
Jelasnya, meskipun mereka berusia 16 dan 17 tahun masih bersekolah, tetapi kebanyakan mereka ini belajar sejarah dan tahu mengenai sejarah negara.
âBila tahu sejarah negara maka mereka juga tahu sejarah Umno kerana Umno dan negara tercinta Malaysia ini tidak dapat dipisahkan kerana Umno lah negara kita merdeka bukan kerana parti lain,â katanya.
Terdahulu, Presiden Umno,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penurunan had umur ahli Umno kepada 16 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment