Uqasha Senrose Bercinta Dengan Ben Amir?
Aktres jelita Uqasha Senrose yang sebelum ini memuat naik gambar mesranya bersama dengan pelakon Ben Amir, menjadi tanda tanya netizen akan hubungan sebenar mereka, akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa hubungan mereka masih lagi dalam fasa perkenalan dan saling mengenal hati budi.
BACA: âTak Tahu Tentang Kes Uqasha, Kami Sudah Berpisahâ
Uqasha turut mengakui bahawa Ben Amir kini merupakan teman rapatnya.
âSaya dah kenal dengan Ben Amir ini dah lama, semasa penggambaran drama âDan Hati Pun Berkataâ. Jadi semasa saya menghantar Nelly untuk menjalankan penggambaran, di situlah saya mula kenal Ben semula”
“Buat masa sekarang, kenal rapatlah, untuk mengenali hati budi dia macam mana kan. Doakan baik-baik sahaja,
katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Hantu Kak Limah.
Tambahanya lagi, sikap Ben Amir yang sentiasa âcoolâ membuatkan dirinya berasa senang untuk mengenali jejaka ini dengan lebih rapat.
âSebab dia very cool, secara jujurnya bila keluar dengan dia ke apa, tak perlu nak cantik-cantik, pakai make-up,atau pun nak kena bersiap semua”
“Pakai t-shirt sahaja, pergi keluar makan dengan dia. Kalau dengan dia, saya dapat jadi diri sendiri,â katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengenali Ben Amir secara lebih rapat. (rtky/h)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment