Bulan lalu, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita penyanyi muda Haqiem Rusli mahu bersara dari dunia nyanyian gara-gara mengalami depresi.

Isu tersebut menjadi perhatian ramai dan disebabkan isu Haqiem Rusli itu juga ada beberapa selebriti serta individu lain yang turut berani tampil mendedahkan bahawa pernah mereka juga pernah mengalami kemurungan dan ianya bukan perkara yang boleh dibawa main.

Pendedahan Haqiem Rusli itu juga turut membuka mata pemuda bernama Lufy merupakan seorang pramugari yang ingin mengucapkan terima kasih kepada Haqiem kerana dia kini lebih terbuka untuk kongsikan kisah kemurungan yang pernah dihadapi olehnya.

Tahun 2014, hilang kerja & hilang bapa yang disayangi

Saya Lufy seorang pramugara ingin berterima kasih kepada Haqiem Rusli kerana membangkitkan isu kemurungan dan berkongsi pengalaman beliau. Oleh sebab itu saya terbuka hati untuk berkongsi kisah saya dan perjalanan saya menempuh masalah kemurungan yang tidak putus datang dan bagaimana saya mengharunginya.

Bermula tahun 2014 saya kehilangan kerja, kehilangan arwah ayah saya sanjungi, dan sejak itu saya lebih suka bersendiri dan saya alihkan rasa sedih dengan memasak dan makan banyak sehingga berat badan naik mendadak. Saya hilang keyakinan diri dan bertambah lagi masalah kemurungan yang menyelubungi diri saya.

Berangan nak ke Paris, tapi kerja pun tiada

Suatu hari saya berehat ditepi jendela melihat pencawang di atas bukit saya teringat waktu kecil pencawang itu seolah olah Eifel Towel. Impian saya ingin ke Paris semenjak kecil. Tetapi bagaimana kerana saya tiada pekerjaan ketika itu.

Saya tetapkan hati untuk mengembara dan beli tiket Malaysia Airlines yang sangat murah ke Jakarta untuk menemui rakan baik saya yang berlakon di sana. Dalam perjalanan pulang hanya ada 32 orang sahaja penumpang di kelas ekonomi. Semasa pramugari menghidangkan air kepada saya, terdetik hati saya bertanya kepada dia:

“best tak jadi stewardess?” Die jawab Alhamdulillah
“MAS pergi Paris tak?” Jawabnya “ye still ke sana”

Nekad untuk jadi pramugara, tapi tersingkir sebab nampak gemuk

Saat itu saya menyimpan angan-angan jadi pramugara ‘I can kill 2 birds with one stone’. Saya pun mula mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan bersenam. Percubaan pertama saya memohon jawatan pramugara di syarikat penerbangan tambang murah. Pusingan kedua saya tersingkir dihadapan juri memberi komen “let me be honest you look plump”.

Walaupun bmi dah ideal ketika itu masih lagi dikatakan gemuk. Tak pelah saya buat untuk Paris dan tidak akan putus asa. Saya teruskan rutin bersenam dan tunggu syarikat lain buat opening.

Daripada kekal murung, lebih baik cuba je. Akhirnya diterima!

Tanggal 4 November 2014 saya terlihat iklan di surat khabar bertarikh 25 October 2014. Opening untuk Pramugari dan Pramugara di syarikat penerbangan kebangsaan kita. Premier Airlines pulak tu. Orang cakap kalau low cost tak lepas ada hati nak apply premier airlines. Daripada saya kekal murung lebih baik saya cuba je.

Selepas 3 hari mereka balas email saya dan dipanggil untuk temuduga pada 12 November. Saya ingat tak berapa ramai, rupanya hampir 500 permohon. Tetapi kerana ‘dreamjob’ saya teruskan perjuangan dan sampai ke peringkat akhir. Alhamdulillah lepas sebulan saya diterima bekerja di syarikat penerbangan tersebut.

Ramai rakan berhijrah & berhenti, lemah semangat hingga jatuh sakit

Setelah lama bekerja dan semakin ramai rakan seperjuangan lain telah berhijrah ke airlines lain, berhenti, kita sendiri jadi lemah semangat. Itu lumrah.

Tak lama selepas itu saya sering jatuh sakit, hilang selera makan yang teruk dan selalu demam panas. Saya sendiri memang ada sinus. Kemungkinan bila kita lemah semangat lebih mudah kita jatuh sakit. Berat badan saya turun hampir 20 kg. Saya putuskan untuk menemui pakar dan menjalankan major surgery sinus. Kalau boleh kita elakkan major operation sebab ada risiko post surgery. Tapi takpelah daripada terus sakit.

Dalam keadaan lemah di hospital saya pun upload gambar keadaan saya di story ig. Feedback banyak yang saya dapat . “Babe u buat hidung ke? Dekat mana?”daripada orang-orang yang tak tahu cerita apatah lagi nk datang melawat dan tanyakan khabar.

Saya jawab “u pon interested ke nak buat hidung?” Ada yang menjawab memang berminat nak buat hidung. Saya pulak yang rasa kasihan untuk mereka ini.

Lepas satu ujian, satu lagi ujian datang

Tak lama selepas surgery sinus, salur darah mata sebelah kanan pecah terpaksa menjalani major surgery lagi. Punca tidak diketahui. Betapa remuk hati kerana saya baru saja ingin mulakan azam tahun baru bekerja dan berjalan jalan terpaksa dicutikan lagi tanpa elaun. Saya anggap ini semua ujian dan ada hikmahnya. Namun, saya sangat bersyukur penglihatan saya pulih sepenuhnya.

Kali ini saya sengaja upload gambar di hospital
“U buat surgery double eyelid pulak ke? Recommend la”
Saya tidak ambil serius pandangan orang kerana saya ada masalah lebih besar untuk saya hadapi dan komitmen saya sendiri.

Nekad buat pembaharuan & khatamkan Al Quran. Mahu jadi inspirasi 

Dalam keadaan saya diberikan cuti doktor, saya tekad nak buat pembaharuan iaitu membina badan dan khatamkan Al Quran. Alhamdulillah saya berjaya melaksanakan target saya dalam masa saya tetapkan. Focus pada diri sendiri dan keluarga. Itulah hikmah yang besar saya dapat dan mungkin ada rezeki yang lebih besar selepas ini jika saya berhasrat untuk tidak lagi menjadi seorang pramugara.

Buat masa ini saya fokus untuk mencari sesuatu nafas yang baru mungkin seorang pengacara tetap, mungkin menjadi model yang menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain. Semuanya bermula dengan angan-angan.

Surah Asy Syarh disebut 2x

Ayat 5: Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Ayat 6: Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

In shaa Allah
#doayangbaikbaik