PM dapatkan pendirian Australia berhubung ekstradisi Sirul
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mendapatkan pendirian Australia berhubung usaha mengekstradisi bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK), Sirul Azhar Umar.
Perbincangan itu dijangka berlaku minggu ini apabila Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop.
âTidak spesifik, tetapi saya cuma ingin tahu pendirian Australia berkenaan isu ini,â jawabnya ringkas pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Sirul, bekas anggota polis yang disabitkan bersalah membunuh penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Sirul, yang disabitkan tuduhan membunuh Altantuya pada 2009, dijatuhi hukuman gantung sampai mati bersama-sama seorang lagi bekas anggota polis, Azilah Hadri.
Mereka dibebaskan apabila Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan pada 2013 selepas menimbulkan persoalan tentang cara bagaimana perbicaraan dijalankan.
Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas mereka pada 2015.
Sirul melarikan diri ke luar negara sebelum penghakiman itu dibuat dan ditahan di pusat tahanan imigresen Australia di Sydney sepanjang 3 tahun lepas.
Menurut undang-undang Australia, beliau tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia kerana berhadapan dengan hukuman mati.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment