Harus sekat gerakan liberalisme, pluralisme, humanisme

Monday, July 30, 2018

Harus sekat gerakan liberalisme, pluralisme, humanisme

Harus sekat gerakan liberalisme, pluralisme, humanisme

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyekat gerakan atau pertubuhan yang membawa agenda liberalisme, pluralisme, humanisme berlandaskan nilai barat dan ektrimis agama.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam negara.

Katanya, desakan sudah dibuat Sabtu lalu dalam Himpunan Kebangkitan Ummah yang perlu diteliti kerajaan.

"Selain itu, kerajaan perlu tahu dan lihat kumpulan-kumpulan yang jelas dari segi penentangan mereka yang boleh merosakkan negara ke arah mencetuskan ketegangan," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas tentang deklarasi yang dibangkitkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dalam Himpunan Kebangkitan Ummah, Sabtu lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ummah senaraikan lapan deklarasi untuk kerajaan]

Sabtu lalu, Ummah menyenaraikan lapan deklarasi untuk perhatian kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Ummah yang mewakili suara majoriti rakyat di negara ini, terutama Melayu dan Islam.

Antara deklarasi itu adalah mengekang gerakan atau mana-mana pertubuhan yang membawa agenda liberalisme, pluralisme, humanisme berlandaskan pada nilai barat dan ekstremisme agama.

Dalam pada itu, Azwanddin turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat jelas terpengaruh dengan agenda asing terutama dalam isu agama dan gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT).

"Kita tahu gerakan agenda asing sudah lama menggerakkan agenda-agenda seperti ini. Ia terbukti dalam gerakan dibawa oleh Pakatan Harapan adalah gerakan dikuasai atau dipengaruhi kuasa asing.

"Kalau kita lihat, selama ini banyak perkara yang telah digerakkan agenda asing khususnya di negara-negara Islam untuk menerima pluralisme dan perkara-perkara bertentangan dari akidah. Ia telah dibawa dan menular ke dalam negara," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment