6,020 penyakit pekerjaan, dilapor tahun lalu

Monday, July 30, 2018

6,020 penyakit pekerjaan, dilapor tahun lalu

6,020 penyakit pekerjaan, dilapor tahun lalu

KUANTAN - Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Pahang (JKKP) menerima 6,020 kes laporan penyakit pekerjaan tahun lalu.

Pengarahnya, Mohamad Jais Suratman berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 3,890 kes disahkan sebagai penyakit pekerjaan.

Menurutnya, klasifikasi mengikut jenis penyakit daripada jumlah itu pula ialah, Kehilangan Pendengaran disebabkan Kebisingan Pekejaan (Occupational Noise related Hearing Disorder) sebanyak 3,635 kes; masalah Tulang Otot Pekerjaan (Occupational Muscular-Skeletal Disorder sebanyak 127 kes; dan Penyakit Kulit Pekerjaan (Occupational Skin Deceases) sebanyak 73 kes.

"Justeru JKKP melancarkan  Sistematic Occupational Health Enhancement Level Porgramme (SOHELP) bagi memberikan penumpuan kepada tiga elemen utama iaitu pengawalan, pendedahan bising, pengurusan bahan kimia dan egonomik iaitu penyumbang utama kepada statistik penyakit dan keracunan pekerjaan di Malaysia.

"Program ini meningkatkan tahap pengurusan higien industri di tempat kerja yang berimpak tinggi tetapi mudah dilaksanakan di hampir kesemua  jenis industri," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup SOHELP Fasa 2 2017/218 dan Perasmian Fasa 3 2018/2019 di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan, di sini, tengahari tadi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment