[VIDEO] Macau Scam: 4 lelaki warga Taiwan ditahan

Tuesday, July 31, 2018

[VIDEO] Macau Scam: 4 lelaki warga Taiwan ditahan


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas 56 keping kad mesin juruwang automatik (ATM), 15 telefon bimbit, satu modem Maxis, sebuah komputer riba dan enam keping kad sim. 

“Tangkapan ini berkait dengan satu laporan dibuat seorang wanita berusia 47 tahun pada 16 Januari lalu yang mengalami kerugian RM10,500 selepas menerima satu panggilan palsu kononnya daripada pegawai kastam, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK) di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment