Sepakat kongsi kepakaran

Monday, July 30, 2018

Sepakat kongsi kepakaran

Sepakat kongsi kepakaran

UDA Holdings Berhad (UDA) menerusi anak syarikat UDA Dayaurus Sdn Bhd (UDSB) telah memeterai memoran­dum persefahaman (MoU) dengan PCO Lite Electrical Sdn Bhd (PCO Lite).

Pemeteraian MoU tersebut berlangsung dalam satu majlis di Blok Menara Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian dipersetujui kedua pihak itu, UDA dan PCO Lite bakal berkongsi kepakaran berhubung pengurusan fasili­ti bangunan yang memfokus­kan pengubahsuaian sistem pencahayaan.

Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar berkata, pemeteraian perjanjian ini juga dilihat sebagai langkah proaktif merebut pelu­ang perniagaan dalam pe­ngu­bahsuaian pencaha­yaan konvensional kepada produk pencahayaan berteknologi hijau dan cekap tenaga.

"Kesedaran terhadap peng­gu­naan sistem mesra alam ini semakin meningkat terutama dalam kalangan pemilik bangunan dan pemaju.

"Amalan pengubah­suaian sistem pencahayaan ini menyumbang  penji­matan tenaga menghampiri 50 peratus bagi setiap lekapan setiap tahun.

"Penambahan penjima­tan tenaga sebanyak 10 pera­tus sehingga 20 peratus akan berlaku jika menggu­nakan sistem pencahayaan pintar.

"Melihat kepada penji­matan ini, ramai pemilik bangunan berminat menaik­taraf peng­gunaan sistem ini dan memperuntukkan bajet bagi pengubahsuaian tahunan mereka," katanya.

Jelasnya, PCO Lite adalah salah satu pengilang produk lampu terkemuka di Malaysia de­ngan 40 tahun pengalaman.

Katanya, PCO Lite pakar menghasilkan produk lampu serta aksesori elektrik buatan khas bagi kegunaan dalam dan luar bangunan. Malah, telah menembusi pasaran luar negara. Manakala UDSB adalah peneraju dalam bi­dang pengurusan fasiliti dengan pengalaman lebih daripada 35 tahun.  

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan Ketua Pegawai Operasi UDSB, Shamsul Bahri Shamsudin, manakala pihak PCO Lite diwakili Pengarah Urusannya, Lee Huei Chang.            
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment