Jualan pecah tokol bundle jadi tumpuan
MARANG - Pakaian terpakai berjenama dari luar negara seperti dari Jepun, Korea dan Amerika Syarikat menjadi alternatif buat peminatnya untuk bergaya dengan pakaian jenama pada harga murah.
Kemeriahan sambutan pelanggan terhadap premis menjual pakaian bundle secara besar besaran turut berlaku di pasar malam Kepong yang menjanjikan pilihan terbaik untuk kepuasan pengunjung.
Beroperasi pada setiap Sabtu bermula jam 4.30 petang sehingga 12 tengah malam, lokasi terbabit kini mula menjadi tumpuan dan tarikan orang ramai setelah ia mula beroperasi pada minggu lalu.
Penganjurnya, Riduan Yusof memberitahu, dia dan rakannya memberikan fokus kepada perniagaan bundle namun tapak pasar malam itu turut melibatkan peniaga makanan, minuman dan barangan lain.
Menurutnya, bukan hanya kepada peniaga pakaian terpakai tetapi dia dan rakan rakan mahu membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk berniaga atau agensi untuk menganjurkan aktiviti di situ.
"Pemilihan kawasan tapak pasar malam berhampiran perkarangan balairaya ini hasil kerjasama JKKK dan di sini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti sukan kerana terdapat gelanggang futsal.
"Kita menjemput lebih ramai peniaga untuk berniaga dan juga masyarakat setempat untuk memeriahkan lagi aktiviti di sini dan mereka juga boleh mengikuti kami di facebook Pasar Malam.Com," katanya.
Jualan pecah tokol bundle dengan tawaran harga menarik pada minggu ini menjadi lebih istimewa apabila acara yang ditunggu-tunggu itu disempurnakan oleh Adun Alur Limbat, Ariffin Deraman.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment