Pelbagai pakej pelancongan menarik menanti atlet, pelancong

Tuesday, July 31, 2018

Pelbagai pakej pelancongan menarik menanti atlet, pelancong

Pelbagai pakej pelancongan menarik menanti atlet, pelancong

IPOH - Sempena penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018, pengunjung dan atlet bakal menikmati pakej istimewa pelancongan di negeri ini.

Exco Kerajaan Negeri, Tan Kar Hing berkata, inisiatif tersebut dijayakan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Perak yang menampilkan tujuh pakej pelancongan melibatkan 66 hotel di negeri ini.

Katanya, selain mereka menyaksikan acara berlangsung, masa-masa terluang boleh digunakan untuk bersantai dan berkunjung ke tempat-tempat menarik di Perak.

"Venue Sukma ini bukan sahaja di Ipoh tetapi turut diadakan di semua daerah di negeri ini. Di kesempatan ini kita mahu mempromosikan beberapa tarikan di daerah-daerah melalui pakej ini.

"Kehadiran kontingen negeri-negeri ini akan sekaligus membawa limpahan ekonomi kepada rakyat dan manfaat negeri ini," katanya ketika berucap melancarkan Pakej Promosi Sukma XIX Negeri Perak di Hotel Excelsior, di sini, hari ini.

Hadir sama pada pelancaran itu, Pengerusi MAH Cawangan Perak, Maggie Ong.

Kar Hing berkata, pihaknya yakin industri pelancongan di negeri ini akan terus rancak dengan adanya Sukma ini.

Katanya, usaha yang dilakukan pihak MAH Cawangan Perak sangat dialu-alukan.

"Pakej ini disediakan dengan pengangkutan dan beberapa kemudahan lain khusus untuk pelancong.

"Kita mengharapkan seramai mungkin pelancong akan datang ke Perak sempena Sukma ini melalui pakej-pakej yang disediakan," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment