Umie Aida Izinkan Suami Untuk Tambah Isteri
Tidak pasti sebabnya, Umie Aida menerusi akaun Instagram mendedahkan beliau memberikan keizinan kepada suaminya untuk bernikah lagi. Jelasnya, beliau sanggup bermadu asalkan suami tidak membuat perkara tidak elok dibelakang.
BACA: Umie Aida Jamin Suami Keluar Tahanan RM10,000
“Pagi ni me (saya) bangun tidur, tiba-tiba me cakap dekat abang (suami). Jangan buat perkara tak elok. Kalau nak terus kahwin. Me izinkan. Terkejut beruk abang. Dia cakap me merepek”
Kenyataa itu sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya peminat tentang keputusan pelakon itu. Tulis Umie lagi, beliau juga sedar dirinya bukanlah isteri yang sempurna untuk suaminya.
“Me cakap me tahu me bukan isteri yang sempurna. Entahlah kenapa dan mengapa me boleh cakap begitu. Tapi yes, Me izinkan dan me nak abang tahu itu,” tuilsnya di laman sosial semalam.
Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini. Tidak kurang juga ada yang mengaitkan dengan drama yang sedang hangat kini, Jangan Benci Cintaku. (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment