Hasrat terbantut, diragut ketika beli durian

Monday, January 1, 2018

Hasrat terbantut, diragut ketika beli durian

Hasrat terbantut, diragut ketika beli durian

GOMBAK - Hasrat seorang lelaki mahu membeli durian terbantut selepas beg yang dibawanya ditarik seorang peragut di Taman Sri Gombak, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Mohd Azezul Zakaria, 37, singgah di tempat jualan durian yang terletak beberapa meter dari lokasi dia sekeluarga menjamu selera.

Menceritakan kejadian, suspek menepuk bahunya sebelum menarik beg yang dikepit ditangan dan terus melarikan diri.

"Saya ada di situ dari jam 12 tengah hari lagi, kemudian kami masuk kereta mahu bergerak pulang.. sebelum itu saya dan isteri singgah membeli durian, sementara anak-anak menunggu dalam kereta.

"Di tempat durian itu ada beberapa pelanggan lagi, saya ingatkan insiden sekadar berlanggar bahu tapi rupaya peragut. Saya tak sempat berbuat apa-apa kerana tergamam," ceritanya.

Jelasnya, suspek bersendirian dan menunggang motosikal yang dicabut nombor plat pendaftaran, memakai jaket hitam dan bertopi keledar.

"Lepas dia ragut beg saya, dia berhenti beberapa meter dari lokasi untuk lihat ada yang mengejarnya atau tidak. Badannya agak besar tapi jenis motosikalnya kurang pasti.

"Saya kehilangan wang tunai dianggarkan RM400, telefon bimbit Huawei P10 dan dokumen peribadi. Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment