Kempen undi rosak taktik kotor, cemar demokrasi
BERA - Kempen undi rosak yang digerakkan pihak tertentu melalui media sosial, bertujuan merosakkan proses demokrasi di negara ini bermaksud mereka tidak yakin dengan sokongan rakyat untuk memenangi PRU14.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia memberi gambaran jelas bahawa pembangkang terdesak dan mereka tahu akan kalah kerana rakyat tidak akan mengundi mereka.
Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan taktik kotor itu hanya digunakan pembangkang yang selama ini menuduh Umno dan BN melanggar akta pilihan raya.
âSelama ini, pembangkang menuduh Umno dan BN gunakan strategi tak betul waktu pilihan raya.
âSebenarnya, mereka yang melakukan perkara yang melanggar akta pilihan raya. Kalau mereka hormati demokrasi satu rakyat, satu undi, tak timbul isu suruh rakyat buat undi rosak,â katanya selepas program Moh Ngeteh Kampung Seberang Guai, semalam.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kempen #undirosak yang digerakkan pihak tertentu dengan tujuan menghasut rakyat memboikot PRU14 boleh merosakkan demokrasi.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment