Asri dilantik Pengarah JIPS baharu
KUALA LUMPUR: Datuk Asri Yusoff dilantik Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang baharu, hari ini.
Beliau yang juga bekas Ketua Polis Kedah mengambil alih tugas Datuk Seri Abd Rahim Hanafi yang bersara wajib, Khamis ini.
Majlis serah terima tugas di antara Asri dan Abd Rahim disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada majlis di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), di sini.
Turut diadakan adalah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis (PERKEP) JIPS Bukit Aman di antara Datin Seri Ramlah Mahmod dan Datin Bedah Dollah disaksikan Datin Seri Noraini Abd Jalil.
Pada majlis itu, turut diadakan pemakaian pangkat pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Asri dan disempurnakan Mohamad Fuzi.
Abd Rahim yang sudah berkhidmat dalam PDRM selama 35 tahun memulakan kerjayanya sebagai pegawai polis pada tahun 1983 sebagai Kadet ASP pada usia 25 tahun.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment