Trump arah penjara Guantanamo kekal operasi
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif baharu untuk terus membuka pusat tahanan kontroversi di Teluk Guantanamo di Cuba.
"Saya telah mengarahkan Setiausaha Pertahanan Jim Mattis untuk mengkaji semula dasar penahanan tentera dan memastikan kemudahan itu di Guantanamo terus dibuka," kata jutawan hartanah itu, kelmarin.
Menurut Trump, banduan baharu termasuk anggota kumpulan militan seperti Daesh juga akan dihantar ke pusat tahanan itu.
"Saya meminta Kongres memastikan usaha memerangi Daesh dan al-Qaeda berterusan dan kita mempunyai seluruh kuasa untuk menahan mereka di mana sahaja sebelum dimasukkan ke Guantanamo.
"AS mungkin akan menghantar banduan tambahan ke pusat kemudahan itu untuk tujuan melindungi negara," jelasnya lagi.
Perintah eksekutif itu turut menggambarkan operasi kemudahan itu sebagai 'sah, selamat, berperikemanusiaan dan selaras dengan undang-undang AS serta antarabangsa. - Press TV
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment