Syafinaz Selamat kini bergelar Datuk
PENYANYI dan guru vokal, Syafinaz Selamat antara 370 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ni.
Syafinaz menerima penganugerahan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (WMW) yang membawa gelaran Datuk dari Yang DiPertuan Agung.
Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Ia bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.
Penganugerahan ini bersesuaian dengan pencapaian prolifik Syafinaz dalam industri seni Malaysia selama hampir 30 tahun.
Syafinaz merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) serta penasihat dan juga vokal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia.
Tidak sekadar itu, Syafinaz juga seorang yang berpengalaman luas dalam bidang penjurian, dan pernah menjadi juri untuk program Akademi Fantasia (Musim 3 dan 4), Who Will Win, Mentor, One In A Million, Pop Krew, Bintang Kecil, Bintang RTM dan juga pelatih suara muzik untuk Audition II.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment