Setahun tunggu abang bangun

Wednesday, January 31, 2018

Setahun tunggu abang bangun


Jempol: “Sudah setahun kami menunggu abang bangun, namun dia masih begitu. Kami sekeluarga akan terus mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Muhammad Fitri Jaafar, 24, adik kepada seorang pekerja pasar raya, Norhappiss, 33, yang koma di rumah di FELDA Raja Alias Dua, di sini akibat kemalangan jalan raya Januari tahun lalu.

Beliau berkata, kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku sebaik abangnya menamatkan tugas di premisnya di Bahau dan mahu pulang ke rumah.

“Dalam perjalanan menunggang motosikal Honda EX5, dia hilang kawalan lalu terbabas. Abang dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah,” katanya.

Menurutnya, Norhappiss yang parah di kepala, badan serta kaki disahkan lumpuh anggota badan selain koma hingga kini.

“Kami simpati terhadapnya, malah begitu merindui gelak tawanya. Biar apapun yang mendatang, kami berharap dia akan pulih,” katanya yang menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting Datuk Shamsulkahar Mohd Deli di rumahnya, semalam.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment