Penahanan pengarah JPS Perlis tak jejas siasatan

Tuesday, January 30, 2018

Penahanan pengarah JPS Perlis tak jejas siasatan

Penahanan pengarah JPS Perlis tak jejas siasatan

KANGAR: Penahanan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis berhubung kes rasuah dan salah laku tidak menjejaskan Projek Lencongan Banjir Barat yang kini dalam fasa akhir untuk disiapkan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata projek itu masih berjalan dan tidak terganggu walaupun pengarah berusia 60 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.

"Projek itu berjalan seperti biasa. Masih ada pegawai JPS Negeri Perlis dan dari ibu pejabat Kuala Lumpur memantau perjalanan projek ini.

"Tidak timbul isu ia terjejas dari sudut pelaksanaan dan penyiapan projek," katanya ketika ditemui di Pasar Pagi Behor Lateh, di sini, pagi tadi.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penahanan tiga individu termasuk Pengarah JPS Perlis oleh SPRM kerana dipercayai terbabit dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa antara 2014 hingga 2017.

Mengulas lanjut sama ada penahanan pengarah terbabit mempunyai kaitan dengan kelewatan Projek Lencongan Banjir Barat, Azlan berkata, beliau tidak pasti secara jelas kes sebenar hingga menyebabkan pengarah terbabit ditahan.

"Saya hanya mengetahui penahanannya melalui media sosial dan televisyen dan berdasarkan berita penahanan itu ia ada kaitan dengan aktiviti sepanjang tempoh 2014 hingga 2017.

"Saya tidak boleh mengulas isu ini kerana ia boleh mengganggu siasatan SPRM kita serahkan kepada SPRM," katanya.

Beliau terdahulu hadir ke Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018, di mana barangan keperluan asas seperti beras, telur ayam, tepung gandum dan minyak masak dijual dengan harga yang murah.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment