KRT tingkat keselamatan, keharmonian komuniti

Wednesday, January 31, 2018

KRT tingkat keselamatan, keharmonian komuniti

KRT tingkat keselamatan, keharmonian komuniti

TAWAU: Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan bersama menjaga keselamatan tempat kediaman menerusi Kelab Rukun Tetangga (KRT), secara tidak langsung mewujudkan suasana harmoni dalam kawasan komuniti masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, berkata KRT melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta program Rondaan Awam Polis dan Angkatan Tentera (RAPAT) bersama pasukan keselamatan, ialah antara usaha yang dapat mengeratkan hubungan komuniti.

"Program SRS dan RAPAT bersama pasukan keselamatan dapat menarik pembabitan masyarakat dalam mengawal keselamatan di kawasan masing-masing.

"Prestasi dan komitmen tinggi ditunjukkan semua ahli KRT membolehkan penduduk daerah ini hidup harmoni serta bersatu padu. Justeru, pencapaian ini diharap dapat diteruskan pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama KRT Parlimen Tawau yang turut dihadiri Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (Bahagian Tawau), Rosmah Wading, di sini malam tadi.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sijil penghargaan dan sumbangan wang tunai kepada semua KRT di Parlimen Tawau.

Sementara itu, Rosmah berkata, sambutan menggalakkan terhadap penubuhan KRT di daerah ini berupaya mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan penduduk.

Setakat ini di Parlimen Tawau, katanya, ada 23 KRT meliputi terbaharu, KRT Kampung Inderasabah yang diwartakan pada awal bulan lalu.

"Selain itu, permohonan penubuhan KRT baharu membabitkan tiga kampung, iaitu Taman Sawit Balung, Bandar Sri Indah Fasa 3 dan Kampung Serudong Baru, dijangka diluluskan tidak lama lagi," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment