Kunjungan Kak Long yang diiringi kedua ibu bapanya dan seorang adik lelakinya itu disambut sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Ibrahim Nordin di tingkat 40 bangunan Menara 1 KLCC.
Ibrahim berkata, dia hanya merealisasikan hasrat wanita OKU untuk melihat sendiri bangunan KLCC dan berharap tajaan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya.
â Kita juga akan membawa Kak Long mengunjungi Dek Pemerhatian dan Jejantas Udara yang berada tingkat 86 yang boleh menyaksikan suasana Kuala Lumpur dari tempat tertinggi di Malaysia,â katanya dalam majlis santai sambil bersarapan di pejabatnya di Menara Berkembar di sini hari ini.
Turut mengiring rombongan Kak Long ke KLCC ialah Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor dan Pengarang Utusan Unit Media Baharu, Borhan Abu Samah.
Dalam lawatan penuh sejarah itu Kak Long juga akan melawat Aquaria KLCC iaitu sebuah taman akuarium yang mempunyai keluasan 60,000 kaki persegi termasuk terowong air sepanjang 90 meter. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment